Selamat Datang

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah
Azizah Abu Bakar

Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN HARUS DIPERTAHANKAN!





Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah telah di adakan pada Isnin 30.8.2010 di kantin sekolah dalam suasana yang sederhana. Nyanyian , bacaan ikrar , laungan merdeka dan mendengar perutusan antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Thursday, August 26, 2010

SALAM NUZUL AL-QURAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kepelbagaian Pakaian Masyarakat Malaysia Kebanggaan Negara


Kepelbagaian pakaian daripada pelbagai kaum di negara ini adalah sesuatu kebanggaan negara. Biarpun berbeza adat resam dan kebudayaan masyarakat boleh hidup aman dan damai. Keharmonian ini adalah lahir dari sikap tolak ansur dan saling hormat menghormati sesama kita. Hargailah kemerdekaan yang kita nikmati sekarang. Selamat Hari Merdeka!

Saturday, August 21, 2010

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGGAAN MALAYSIA

Sempena tema pengajran dan pembelajaran (PnP) berkaitan dengan NegaraKu, banyak aktiviti yang telah saya lakukan bersama murid. Matlamatnya saya mahu mereka kenal negara mereka dengan baik. Apa yang menjadi mereka bangga dengan negara sendiri? Tentunya ada pelbagai perkara yang boleh dijadikan kebanggaan semua sebagai warga Malaysia. Salah satu kebanggaan negara ialah Bunga Raya yang menjadi bunga kebangsaan atau lambang negara Malaysia. Paparan ini adalah antara himpunan pengalaman yang telah di laksanakan di prasekolah agar menjadi panduan PnP pada masa akan datang. Jika gurunya sendiri habis idea..............




Mula-mula murid menyurih bentuk bulat dengan bekas gam. Bekas gam yang habis dipakai ini adalah kitar semula yang diambil di kedai photostate. Boleh dijadikan acuan banyak perkara. Jangan lupa pesan pada empunya kedai photostate simpan untuk kita 25 biji. Senang!





Murid menggunting kelopak yang telah dibentuk. Hati-hati ketika menggunakan gunting. Tumpukan perhatian. Tangan kidal? Murid dengan tekun melakukan proses ini.





Setelah semua bulatan telah digunting, murid menyusun kelopak tersebut untuk membentuk bunga. mreka mesti bijak menyusun agar tidak bertindih dan nampak teratur. Hingga saat ini ada murid yang boleh menyusun dengan baik dan ada yang tidak. Guru sentiasa memantau.
Murid menyapu gam dengan menggunakan plastik. Gam ini cepat kering di tangan. Oleh itu untuk mengelakkan murid membuang gam yang kering di tangan, mereka mesti ikut arahan cikgu. Pakai plastik sebagai sarung tangan. Lakukan kepada semua kelopak!

Murid menyudahkan kesemua bulatan tersebut. Lihat bunga sebenar. Bandingkan. Perhati dan fikirkan segala perbezaan. Ya....cikgu hanya ajar asasnya sahaja. Nanti bila mereka ada masa dan dewasa sedikit mereka boleh baiki bentuk kelopak, susunan dan sebagainya. Bagaimana dengan warna? Warna juga bukan merah jambu tetapi merah. Paling penting bunga raya ada lima kelopak yang terasing , tercerai atau tidak bercantum. Bunga raya adalah bunga negara. Lambang negara kita Malaysia.

Kami Merdeka



Bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita, murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Perak telah menjayakan aktiviti membuat kain rentang kemerdekaan sebagai simbolik sokongan mereka menjadi warga muda negara yang mendapat kenikmatan kemerdekaan.



Murid memakai apron untuk menjaga kebersihan. Mereka bekerjasama memakai apron tersebut.
kain putih sepanjang dua meter dibentang di atas lantai. Guru memberitahu kain putih akan lebih bermakna jika kita kreatif dan ada daya usaha.
Celupkan tangan ke dalam warna yang telah disediakan di dalam bekas. Sediakan bekas yang besar agar senang murid masukkan tangan. Jangan takut mencuba.

Capkan tapak tangan pada kain putih. Setiap murid diberi pilihan memilih warna yang berbeza.

Sekarang baru sedar, betapa pentingnya pesanan cikgu setiap hari. "Apa saya tulis saya boleh baca, Saya boleh baca apa orang lain tulis"

Tulis nama sendiri. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan sepanjang hayat.

Bersama Memeriahkan Hari Kemerdekaan ke 53


Inilah hasilnya......................

Tuesday, August 17, 2010


Bersemangat menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Walaupun berpanas , murid-murid prasekolah turut sama menjayakan majlis tersebut.

NegaraKu Malaysia

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada waktu perhimpunan pagi Isnin , 16.8.2010 bertempat di kantin sekolah. Kesemua murid termasuk murid prasekolah turut mengambil bahagian.