Masukkan benang bulu kambing pelbagai warna yang digabungkan ke dalam lubang kad yang telah ditebuk pada sekelilingnya. hati-hati jangan terjerut. Susah juga bagi mereka yang pertama kali melakukan aktiviti ini. Ikut arahan guru.....selamat.
Sebelum itu, gam terlebih dahulu ucapan selamat hari raya pada kad manila yang telah ditebuk. Gamkan disekeliling agar tidak terbuka nanti.
Ini adalah hasil yang telah siap. Ada yang kemas ada yang tidak. Begitulah selalunya.
Cucuk dari atas atau dari bawah tidak mengapa. Namun kena ikut peraturan. kalau cucuk mulanya dari atas ke bawah maka sentiasa kena ikut kaedah itu jangan tukar sampai lubang yang akhir. Jika tidak hasilnya tidak cantik.
Inilah hasil kami. Tahniah. Mereka lebih awal siap berbanding dengan rakan yang lain.
Selamat Datang
Guru Prasekolah
Friday, September 24, 2010
Saturday, September 4, 2010
CUTI SEKOLAH MASA UNTUK KEMAS....
Semua kotak-kotak bacaan perlu dikemaskini. Bukan apa untuk menyenangkan tugas cikgu. Terima kasih kepada semua guru prasekolah yang banyak memberi idea khasnya mereka yang punyai blog yang saya lawati. Perkongsian ilmu sebegini sangat bermakna kepada saya. Dalam setiap kotak saya mesti pastikan pelbagai bahan yang boleh dikumpul untuk P&P mengikut tajuk kotak.
KETUPAT GERGASI
Subscribe to:
Posts (Atom)