Selamat Datang

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah
Azizah Abu Bakar

Monday, June 6, 2011

Tugas Baru

Tugas baru yang lebih mencabar !

SELAMAT TINGGAL PRASEKOLAH SKSS

Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak khasnya kepada pihak pentadbiran , GB dan semua guru , kaki tangan, PPM , ibu bapa serta semua murid khasnya murid prasekolah yang sangat saya sayang, di atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya ketika saya menjalankan tugas sebagai guru di sini.

Semoga jasa baik itu akan di balasNya. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja yang saya lakukan ketika di sini. Halalkan makan dan minum saya ketika bersama semua. Tiada pengalaman yang pahit boleh di jadikan sempadan.

Saya terus berdoa agar semuanya menjadi insan paling mulia kepada bangsa dan negara. Tugas baru yang saya pikul kini adalah tidak lari daripada sedia ada walaupun tanggung jawabnya lebih meluas.

Sekian, Terima Kasih.

Azizah Abu Bakar
Penolong PPD Prasekolah / Permata
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian
Parit Buntar,
Perak.

Sunday, May 1, 2011

Tema Air

Kemahiran di rumah. Cuba sendiri.

Bilang 10 - 20. 11 bererti 10 tambah 1.

Air ubat atau sirap?

Bilang jangan tak bilang.

Sapa tumpah isi lagi. Perlahan Vs Cepat. Kura-kura yang menang
.

Wednesday, April 20, 2011

Besatu Hati dan Badan

Tema keluarga : Tiada idea lain yang lebih menyentuh sanubari.

Warnakan badan . Pakaikan dia baju.

Sebelum tu potong kena betul. Jika tidak ia akan terlerai satu-persatu. Simbolik jika perpecahan berlaku. Itulah musibahnya.

Seronoknya Membaca

Nampak mudah tetapi sangat mencabar.

Cari bunyi ba.................

Mari kita bunyikan huruf yang kita susun.

Jangan takut untuk mengeja.

Bunyi akan tidak sama antara satu dengan lain. Itulah indahnya bahasa kita. Setiap huruf ada bunyi tertentu. Tidak sama dengan huruf yang lain.

Lawatan Gigi

Terima Kasih Pejabat Kesihatan Parit Buntar.

Murid berminat......................

Datang lagi ye..................................

Friday, March 25, 2011

Cari Pengalaman di Sekolah Permatang Tok Mahat

Pada cuti semester yang lepas , saya telah berpeluang melawat ke Prasekolah SK. Permatang Tok Mahat , Nibong Tebal bersama 30 orang kawan-kawan lain dari Kerian.

Friday, March 4, 2011

Murid Sangka Mereka Main

Cari idea nak ajar pola mulanya. Beri mereka berberapa blok dalam dua warna sebagai permulaan.

Minta mereka susun selang satu warna dengan satu warna. Cantumkan blok kerana blok ini boleh melekat. Lebih mudah.

Ada murid yang tak faham "konstruk" selang satu, selang 2, selang 3 dan selang 4. Namun ada yang boleh bantu........

Guru perlu banyak bersabar dengan aktiviti ini. Bukan mudah murid nak susun ikut arahan kita. Tapi bila mereka faham kita yang suka lebih.

Selepas dua warna, cuba dengan 3 warna dan seterusnya. Ramai yang takut nak guna blok mainan sebegini. Takut orang lain kata kita ajar murid main. Namun "permainan" ini sangat memerlukan ketajaman otak seseorang untuk berfikir. Macam Piaget kata aktiviti yang memberi makna akan dianggap sebagai belajar.

Mainan Kanak-Kanak Tidak Boleh Dilupa Walaupun Dah Jadi Cikgu

Model-model abc atau nombor hanya ada di sudut mainan kanak-kanak di mana-mana tempat permainan kanak-kanak. Jangan malu untuk berada di situ walaupun dah lama tak beli untuk anak seperti saya.

Murid lebih seronok menggunakan model yang warna warni ini. Bekalkan mereka seorang satu set.

Banyak pilihan di pasaran. Kalau tak cukup budjet, beli sikit-sikit. kalau anak ada jangan buang. Tempat simpan nombor ini juga kena ada. Letakkan nama mereka. Sikap egois masih tebal. Mereka tak suka kongsi.

Yang ini saya suruh mereka susun "backword". Susahnya .....orang dewasa pun susah nak buat.

Kesian, kita sebut mereka susun, baru boleh ......perlu sabar.

Friday, February 25, 2011

Guru Pra Yang Tabah

Dengan gambar anak-anak tahu mereka belajar ........mudahkan waris sebenarnya. Jangan hanya dilabelkan kelas main. Bila budak pandai di tahun satu, mereka kata " macam mana tak pandai budak dah pernah sekolah tadika" Bila budak tak pandai di tahun satu, teruklah budak pra tahun ni". Kesian cikgu pra, kalau dah pandai , kenapa guru masih berhempas pulas nak ajar baca. Kalau guru pra tak pandai ajar, tentu guru lain boleh ajar budak yang tak pandai tu.....
Guru pra selalu jadi mangsa.......mengajak senanglah, tak mengajarlah, tak tau nak mengajarlah ....tak buat apa dan macam-macam lagi.

Uji tali atau uji Murid

Dengan satu tali, murid boleh bentuk nombor atau huruf. Uji dengan 2 tali, 3 tali....



Ramai-ramai Buat Kolaj

Biasanya buat kolaj sorang-sorang. Kolaj buah epal, kolaj buah limau, bola dan apa sahaja. Apa kata kali ini buat kolaj ramai-ramai. Seronok tau.

Buat kerja kumpulan, nampaklah nilai-nilai ketrampilan, kemanusiaan dan sebagainya...........

Saya dapat lihat perbezaan yang nyata kerja murid umur enam dengan lima tahun....

Wah.....tak sangka.

Pengalaman Mengajar Jadi Pengalaman Peribadi Indah.

Tali mesti cekang. Murid nyata begitu seronok dengan aktiviti ini. Bila MILO datang jangan lupa simpan cawannya...............



Tanya...dengar jawapan jiran pulak. Tema minggu ini "Jiran Saya".


Bukan murid saja seronok. Guru yang datang ke pra juga teruja............


Macam tak percaya.....


Tidak sangka, pengalaman mendengar melalui telepon buat sendiri, memberi kesan yang sangat menyeronokan. Memang menakjubkan. Bunyi berpunca daripada getaran. Kita boleh dengar dengan jelas rupanya, apa yang dicakapkan melalui "corong telepon". Cubalah sendiri. Masa kecil tak sempat buat. Dengar cerita sahaja. Bila buat betul....

Friday, February 18, 2011

Tahun Baru Cina

Susah juga nak mengajar jika tidak ada idea sempena tema ini. memperkenalkan bentuk di persekitaran. Pilih bentuk segi empat tepat. Segi empat tepat itu apa ye? oooo ada dua sempadan yang tidak sama panjang. Buktikan....


Susun pencungkil gigi disekeliling kotak buah limau. Angkat kotak. nampak segi empat tepat. Minta murid bilang. ( tak sempat rakam - teruja tengok bentuk segi empat tepat dengan pencungkil gigi)


Buat kumpulan. Panggil satu kumpulan satu persatu. Cuba. Op tahun depan baru cuba. Tak sangka murid pra boleh nampak beza dua sempadan yang tak sama panjang.

Bilang Objek







Bilang objek. Mata dan tangan mesti sama. Mulut juga mesti serentak menyebut bilangan objek. Jangan takut jika ada yang terlebih atau terkurang pembilang tu...

Saturday, January 29, 2011

Faham Nombor 1 -10

Gerakkan mata dan tangan ke arah yang betul.

Bilang objek.
Kenal nombor.
Kenal nombor dan bilang ikut nombor.

Saturday, January 22, 2011

yang mana nak fikir dulu...standard pembelajaran , objektif atau aktiviti?

Nak fikir yang mana dulu?

Standard Pembelajaran :

Objektif :

Aktiviti :

Ada kalanya fikir aktiviti dahulu baru dapat yang lain...Cuba. Jika begitu anda seperti saya.

Wednesday, January 19, 2011

How Big Are You

Setelah dilakar, gunting bentuk badan mereka.



Baring untuk dilakar....

Bagaimana besar badan saya. Aktiviti ini cukup mengasyikkan. Kanak-kanak gembira apabila badan mereka terbang melayang-layang dek kerana sekeping kertas.