Selamat Datang

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah
Azizah Abu Bakar

Friday, February 25, 2011

Guru Pra Yang Tabah

Dengan gambar anak-anak tahu mereka belajar ........mudahkan waris sebenarnya. Jangan hanya dilabelkan kelas main. Bila budak pandai di tahun satu, mereka kata " macam mana tak pandai budak dah pernah sekolah tadika" Bila budak tak pandai di tahun satu, teruklah budak pra tahun ni". Kesian cikgu pra, kalau dah pandai , kenapa guru masih berhempas pulas nak ajar baca. Kalau guru pra tak pandai ajar, tentu guru lain boleh ajar budak yang tak pandai tu.....
Guru pra selalu jadi mangsa.......mengajak senanglah, tak mengajarlah, tak tau nak mengajarlah ....tak buat apa dan macam-macam lagi.

Uji tali atau uji Murid

Dengan satu tali, murid boleh bentuk nombor atau huruf. Uji dengan 2 tali, 3 tali....



Ramai-ramai Buat Kolaj

Biasanya buat kolaj sorang-sorang. Kolaj buah epal, kolaj buah limau, bola dan apa sahaja. Apa kata kali ini buat kolaj ramai-ramai. Seronok tau.

Buat kerja kumpulan, nampaklah nilai-nilai ketrampilan, kemanusiaan dan sebagainya...........

Saya dapat lihat perbezaan yang nyata kerja murid umur enam dengan lima tahun....

Wah.....tak sangka.

Pengalaman Mengajar Jadi Pengalaman Peribadi Indah.

Tali mesti cekang. Murid nyata begitu seronok dengan aktiviti ini. Bila MILO datang jangan lupa simpan cawannya...............



Tanya...dengar jawapan jiran pulak. Tema minggu ini "Jiran Saya".


Bukan murid saja seronok. Guru yang datang ke pra juga teruja............


Macam tak percaya.....


Tidak sangka, pengalaman mendengar melalui telepon buat sendiri, memberi kesan yang sangat menyeronokan. Memang menakjubkan. Bunyi berpunca daripada getaran. Kita boleh dengar dengan jelas rupanya, apa yang dicakapkan melalui "corong telepon". Cubalah sendiri. Masa kecil tak sempat buat. Dengar cerita sahaja. Bila buat betul....

Friday, February 18, 2011

Tahun Baru Cina

Susah juga nak mengajar jika tidak ada idea sempena tema ini. memperkenalkan bentuk di persekitaran. Pilih bentuk segi empat tepat. Segi empat tepat itu apa ye? oooo ada dua sempadan yang tidak sama panjang. Buktikan....


Susun pencungkil gigi disekeliling kotak buah limau. Angkat kotak. nampak segi empat tepat. Minta murid bilang. ( tak sempat rakam - teruja tengok bentuk segi empat tepat dengan pencungkil gigi)


Buat kumpulan. Panggil satu kumpulan satu persatu. Cuba. Op tahun depan baru cuba. Tak sangka murid pra boleh nampak beza dua sempadan yang tak sama panjang.

Bilang Objek







Bilang objek. Mata dan tangan mesti sama. Mulut juga mesti serentak menyebut bilangan objek. Jangan takut jika ada yang terlebih atau terkurang pembilang tu...