Selamat Datang

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah
Azizah Abu Bakar

Friday, March 25, 2011

Cari Pengalaman di Sekolah Permatang Tok Mahat

Pada cuti semester yang lepas , saya telah berpeluang melawat ke Prasekolah SK. Permatang Tok Mahat , Nibong Tebal bersama 30 orang kawan-kawan lain dari Kerian.

Friday, March 4, 2011

Murid Sangka Mereka Main

Cari idea nak ajar pola mulanya. Beri mereka berberapa blok dalam dua warna sebagai permulaan.

Minta mereka susun selang satu warna dengan satu warna. Cantumkan blok kerana blok ini boleh melekat. Lebih mudah.

Ada murid yang tak faham "konstruk" selang satu, selang 2, selang 3 dan selang 4. Namun ada yang boleh bantu........

Guru perlu banyak bersabar dengan aktiviti ini. Bukan mudah murid nak susun ikut arahan kita. Tapi bila mereka faham kita yang suka lebih.

Selepas dua warna, cuba dengan 3 warna dan seterusnya. Ramai yang takut nak guna blok mainan sebegini. Takut orang lain kata kita ajar murid main. Namun "permainan" ini sangat memerlukan ketajaman otak seseorang untuk berfikir. Macam Piaget kata aktiviti yang memberi makna akan dianggap sebagai belajar.

Mainan Kanak-Kanak Tidak Boleh Dilupa Walaupun Dah Jadi Cikgu

Model-model abc atau nombor hanya ada di sudut mainan kanak-kanak di mana-mana tempat permainan kanak-kanak. Jangan malu untuk berada di situ walaupun dah lama tak beli untuk anak seperti saya.

Murid lebih seronok menggunakan model yang warna warni ini. Bekalkan mereka seorang satu set.

Banyak pilihan di pasaran. Kalau tak cukup budjet, beli sikit-sikit. kalau anak ada jangan buang. Tempat simpan nombor ini juga kena ada. Letakkan nama mereka. Sikap egois masih tebal. Mereka tak suka kongsi.

Yang ini saya suruh mereka susun "backword". Susahnya .....orang dewasa pun susah nak buat.

Kesian, kita sebut mereka susun, baru boleh ......perlu sabar.