Selamat Datang

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah
Azizah Abu Bakar

Friday, March 4, 2011

Murid Sangka Mereka Main

Cari idea nak ajar pola mulanya. Beri mereka berberapa blok dalam dua warna sebagai permulaan.

Minta mereka susun selang satu warna dengan satu warna. Cantumkan blok kerana blok ini boleh melekat. Lebih mudah.

Ada murid yang tak faham "konstruk" selang satu, selang 2, selang 3 dan selang 4. Namun ada yang boleh bantu........

Guru perlu banyak bersabar dengan aktiviti ini. Bukan mudah murid nak susun ikut arahan kita. Tapi bila mereka faham kita yang suka lebih.

Selepas dua warna, cuba dengan 3 warna dan seterusnya. Ramai yang takut nak guna blok mainan sebegini. Takut orang lain kata kita ajar murid main. Namun "permainan" ini sangat memerlukan ketajaman otak seseorang untuk berfikir. Macam Piaget kata aktiviti yang memberi makna akan dianggap sebagai belajar.

No comments:

Post a Comment